"Bismillaahirrahmaanirrahiim...."
Stokin cabuk berwarna coklat itu ku sarungkan ke kaki kanan ku. Berbulu-bulu dah stokin ni. Rambu ramba.... Aku pun tak ingat, dah berapa lama aku gunakan stokin ni. Sengaja ku pilih stokin berwarna coklat ni, sekurang-kurangnya, hampir menyerupai warna kasut kulit lapuk ku tu. Kasut tu pun dah agak lusuh, tapi masih selesa memakainya. Tak bertali. Main sarung je ke kaki. Senang betul. Kalau tak silap aku, seratus dua puluh ringgit regenye. Mahal tuh..! Hehehe...
Fuuh.... Ku labuhkan badan ku ke kusyen sambil menyandarkan belakang leher ku ke pangkal kusyen tersebut sejurus selesai memakai kedua-dua belah stokin tadi. Kipas di ruang tamuku itu berputar agak perlahan tapi tetap terasa kedinginan yang dihasilkannya. Kesejukan selepas mandi pagi tadi pun masih ada lagi.
Hmmm..... Hari ni, aku mempunyai satu misi.... Kembara kecil... Satu perjalanan yang singkat... Tapi mana aku nak pergi...? Apa pulak yang aku cari..? Ntahler.... Aku pun tak pasti...
Terlalu banyak perkara yang aku tak pasti dalam hidup ni. Kekadang, terasa bagai meraba-raba di dalam kegelapan. Adakah aku tak punya apa-apa matlamat dalam hidup...? Kalau ada pun, apa dia....? Apa yang aku nak buat dalam dunia ni...? Manusia yang macamana plak aku nak jadi...? Apa yang aku cari...? Mana aku nak pergi...?
Memadaikah hanya hidup berkeluarga dan mempunyai pekerjaan yang tetap...? Cukup ke sekadar mempunyai rumah dan kenderaan sendiri...? Atau tamakkah aku jika aku ingin mempunyai lebih daripada itu...?
Hmmm......
Sering aku berfikir tentang peranan ku di dalam masyarakat kelilingku. Tapi, wajarkah aku terus berfikir tentang itu...? Atau elokkah aku hanya fikirkan tentang diri sendiri dan keluargaku sahaja...? Apa benda dalam dunia ni yang dapat puaskan hati ku...?
Hmmm......
Entahlah...... Mungkin aku tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang kufur akan kenikmatan yang telah dikurniakanNya... Kufur nikmat..... Kata-kata yang ku pinjam daripada seorang rakan baik ku. Tiada perkara yang pernah cukup di dalam hidup ku hinggakan aku sering meneroka perkara-perkara yang baru aku temui. Kufur nikmatkah aku...? Apakah aku tidak dapat menilai segala pemberianNya di sepanjang perjalanan hidupku...?
Arrrghhhhhh!!!
"Bebudak mane?", soalku pada isteriku yg sedang menukar lampin si Mus'ab, anak ku yang baru setahun lebih tu.
"Ntah, kat atas kot", jawabnya ringkas.
Ku pandang ke arah tangga menghala ke atas. Dah tentu mereka tengah sibuk menghabiskan masa dengan TV dan komputer di hari-hari cuti camni. Moden sungguh bebudak sekarang.
Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, usahkan komputer, TV pun susah nak dapat tengok. Mereka memang cukup bertuah. Dilahirkan di dalam zaman yang penuh dengan kesenangan. Amat mudah untuk mereka perolehi apa sahaja yang dihajatkan. Amat mudah pula ibu bapa mereka menunaikan permintaan anak-anak mereka.
Sedari awal lagi mereka telah didedahkan dengan kesenangan yang pelbagai. Keseronokan yang sentiasa mudah untuk digamit. Hmmm.... Apakah mereka tak akan kenal dan faham erti kepayahan dalam hidup...? Apakah mereka tidak akan mengerti hikmah-hikmah yang tersembunyi di sebalik perjalanan yang sukar...?
Tapi, apakah mereka perlu untuk menghadapi semua itu...? Apakah mereka perlu untuk hidup susah...? Bagaimana bentuk jalan yang harus aku pilih buat mereka...? Adakah aku harus membiarkan mereka memilih jalan hidup mereka sendiri..? Atau aku harus tentukan pilihan hidup mereka..?
“...... anak-anak itu umpama kain putih.... maka ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnakannya.....”, sekonyong-konyong aku teringat akan kata-kata seorang guru suatu ketika dahulu.
Warna..... Mewarnakan kain memangla mudah. Tapi kalau nak mewarnakan jalan kehidupan anak-anak..... Hmmmmm..... Tak semudah yang difikirkan oleh kebanyakan kita.
Fuuhhhh.....
Tetiba aku teringat pula pada sebuah TV yang pernah dimiliki keluargaku semasa aku berumur sekitar 4 atau 5 tahun dahulu. Hitam putih. Siap ada kaki lagi TV tu. Pehtu, ada pulak pintunya. Kalau nak tengok TV, kenalah buka pintu TV tu dulu... Hehehe... Masa tu, itulah teknologi media yang paling canggih. TV tu jugalah yang menyebabkan aku kenal dan masih teringat tentang seorang pembaca berita yang unggul pada ketika itu, Harjit Singh Hullon. Pembaca berita RTM. Hehehe... Macam-macamlaaa....
Bebudak sekarang ni kecik-kecik dah pandai dengan pelbagai teknologi komputer. Anak perempuan ku yang sulung tu hampir mencecah 11 tahun, Husna. Kalau tak ‘games’ kat komputer, Facebooklah jadi tatapannya seharian. Kecik-kecik camtu pun dah pandai berfesbuk. Pastu fesbuk tu pulak, ada macam-macam jenis mainan virtual. Tak sudah-sudah dengan Farmvillenye,Virtual Petslah dan ntah ape2 lagi laa... Ape lagi, lekala bebudak tu mengadap komputer.
Aku pun tak pasti camne kesan pengaruh teknologi-teknologi tu pada bebudak tu. Bukannye aku tak tau pasal komputer-komputer ni. Memang bidang aku pun. Tapi, jarang sangat aku tumpukan fikiran aku pada kesan-kesan teknologi moden ni terhadap budak-budak. Sekali imbas, memang dahsyat penangannye. Hmm... Malasla pulak aku nak fikir tentang hal tu sekarang ni.
Anak lelaki ku yang kedua tu pun tak ketinggalan. Baru darjah 3. Dia pon ade fesbuk jugaaaakk... Satu hari tu, pernah die bertanya padaku, "...abah... abah ade tak email Achu..", soalnye padaku tentang alamat email adikku yang bongsu yang dipanggilnye Achu, kire bapa saudara dia lah tu.
"Muadz nak buat ape dengan email Achu?", tanyaku meminta kepastian. Apa aje la si Muadz ni nak buat dengan email tu.
"Muadz nak 'add' Achu dalam fesbuk la abah, Achu ade banyaaak awek kat universiti die...hehehe", ujarnye sambil tersengih-sengih cam kerang busuk. Orang Perak kate, ‘menyerongeh’. Isskhh!! Mane pulak die tau hal-hal tu. Risau plak aku. Kecik-kecik dah pandai pasal awek-awek ni. Dengan sape plak di belajarnye.
Seingat akula, mase aku darjah 3 dulu, takut bebeno aku dgn pompuan. Mau aku marah kalau dikaitkan dgn memane budak pompuan. Lain benola bebudak zaman sekarang ni. Advance terlebih rasenye. Camnerla kite nak kontrol keadaan ni.
"Husnaaaa.... Muaaaadzz... Hudaaaaa.... Turun..!!", sekali dijerit dek isteriku memanggil anak-anakku turun. "Salam abah cepat..", katenye pada bebudak tu sebaik sahaja mereka sampai kepadaku.
"Abah nak gi mane..?", tanya si Husna. "Abah ade keje sket...", jawabku ringkas. Tak kuasa ku nak cerite mane aku nak pegi. Kang memasing sibuk nak ikut. Bebudak bukan boleh tau yang kite nak berjalan. Mau diturutnyee...
"Abah nak gi jalan ke..? Muadz nak ikut... Boleh..?", si Muadz plak try nak trap aku...
"Abah ade kejelah... Susah nak bawak naik moto ni...", ku kacis je...
Lepas bersalam, terus aje bebudak tu naik semule ke atas... "Fuuhh....", aku mengeluh kecil.
"Abang balik esok?", soal isteriku. "Tengokla keadaan camner...", jawabku seringkas mungkin sambil memerhatikan si Mus’ab.
Ku berdiri dan pandang ke luar rumah melalui ‘sliding door’.... Hmmm.... Bunyi desiran hujan yang mencurah ke bumbung jelas kedengaran. Agak lebat untuk ku mulakan perjalananku. Ku labuhkan semule punggung ku ke sofa di ruang tengah rumah ku itu sambil menggamit Mus'ab ke arahku. "Mus'aaabbb... meh sini meh...", sambil tersengih-sengih, Mus'ab merangkak ke arah ku. Pabila sampai sahaja ke hujung kaki ku, terus di capainye betis ku dan cube berdiri sambil berpaut pada betis dan peha ku. Manja betul si kecik ni.
Ku angkat dan dukung Mus'ab lalu berjalan ke arah pintu rumah. Ku halakan semula pandangan ku ke arah luar rumah. Hmmm.... Masih lagi. Hujan masih lebat. Ku toleh ke belakang untuk melihat jam dinding rumah ku. Jarum menunjukkan pukul 8 pagi.
"Lepak dululah...", getusku perlahan, lalu ku duduk di atas karpet tepi sofa ku sambil menurunkan Mus'ab dari dukunganku. Ku habiskan kira-kira 15 minit bermain dengan Mus'ab sebelum bangun dan melangkah semule ke arah pintu untuk melihat keadaan hujan di luar. Agak reda sedikit rasenye.... Ku capai kunci motor di penyangkut kunci yang ku sangkutkan di tepi dinding sebalik pintu rumah ku, lalu melangkah keluar untuk panaskan enjin moto ku.
Dah lebih 4 tahun skuter Elegan ni berkhidmat dengan ku. Dah agak tua aku rasa. Baru-baru ni ku tukarkan 'timing-belt'nye, tayar belakang dan 'adjust' sedikit 'alignment' tayar tu.
Ku masuk dan putarkan sedikit kunci ke dalam suis moto tu dan terus menekan 'starter' nye. Vrrrooommm....... bum bum bummmmm...... Gitulah bunyinye lebih kurang. Ok moto. Bersiap-sedialah engkau. Kite akan menempuh perjalanan yang agak jauh daripada biasa hari ini. Bisikku di dalam hati sendiri. Hujan masih lagi turun sambil kedengaran bunyi desiran air di atas tar di depan rumahku berselang-seli dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang di jalan besar berhampiran dengan rumah ku.
Akan ku redah jugak hujan ni pagi ni. Sejuk memang tak leh katala. Memang sejuk.
****************
Pandangan hadapanku masih jelas walau di dalam hujan lebat yang sedang ku redahi dengan moto ku ini. Kelajuanku.... Hmmm.... Dalam 70km/j. Oklaa... Takdela laju sangat. Beberapa buah kereta memotong melepasi moto ku. Sek
Ku cuba melupakan sebanyak mungkin masalah-masalah ku ketika ini. Ku biarkan fikiranku melayang menghayati laluan ku ketika ini.
Titisan-titisan hujan yang melekat di ‘visor’ helmet ku itu ku sapu dengan tapak tanganku yg ber’glove’ sekerat. Sejuk dan indah sekali rasenye.
Ku pastikan tungganganku tetap di bahagian tepi jalan raya yang sedang ku lalui. Tak boleh leka sangat. Kang ade plak yang tersasar ke tengah jalan. Sesekali, ku pulas ‘accelerator’ handle motoku untuk mendapatkan lebih kelajuan. Terasa hentaman titisan-titisan hujan ke baju hujan di badanku. Kekadang rase macam geli dicucuk-cucuk.
Banyak gak kereta yang memotong di laluan ku. Ke mane aje diorang ni nak pergi..... Dah tentulah ade urusan memasing.... Tak payahla aku ‘concern’kan sangat hal-hal diorang tu....
Perjalananku dari Bangi hingga ke Sungai Buloh agak lancar walaupun hujan. Sesekali aku terpaksa mengelak daripada menghampiri lopak-lopak yang airnye bakal menerjah ke arahku sekiranya ada kereta atau lori yang melaluinye.
Kekadang, kalau manusia dah bawak kereta atau kenderaan lain yang lebih besar ni, agak sukar untuk diorang beri perhatian pada penunggang-penunggang motosikal macam aku ni. Terutamanya ketika hujan. Maka mat-mat moto cam aku ni terpaksala lebih berhati-hati ketika hujan. Kekadang baju basah kuyup bukannya disebabkan hujan, tapi dek kerana percikan air daripada lopak-lopak misteri ditepi jalan pabila dilanggar oleh kenderaan-kenderaan 4 roda.
Haaiii.... Nasiblaa...
Pekan Sg. Buloh kelihatan sibuk pagi ni. Banyak pulak kereta di kiri kanan jalan. Manusia memasing kelihatan sibuk dengan hal diorang. Ada yang berjalan laju. Ada yang perlahan. Ada yang sibuk memimpin anak. Ade yang berdiri tegak di tepi jalan sambil memerhatikan kereta yang lalu lalang. Ada yang sibuk melayan pelanggan di gerai-gerai kecil tepi jalan tu. Tapi gerai mamak tetap mendapat tumpuan yang lebih kelihatannya.
Perghhh.... Sibuk bebeno manusia-manusia ni. Aku pulak? Apa yang aku sibukkan...? Hmmm.... Aku cuma sibuk memerhati dan cuba memahami kerenah manusia-manusia di sekelilingku. Sambil-sambil tu, aku bandingkan pulak dengan keadaan diri ku sendiri. Adakah aku sama seperti mereka..... Hmmm.... Biasanya mereka lebih hebat daripada diriku....
Entahlah.... Terlalu banyak sudut dan perspektif yang dijadikan kayu ukur di dalam kehidupan kita.
Perlahan-lahan kususuri laluan yang sibuk itu. Sesekali aku terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan-pejalan kaki yang hendak melintas jalan. Baik sungguh aku ni.... Hehehe...
Jalan yang kusus
Laluan lama ke utara yang ku lalui ternyata memberi kepuasan pada diriku. Berbanding dengan laluan lebuhraya Utara-Selatan, aku lebih suka memilih laluan lama ni. Bukanlah bermakna aku kufur akan nikmat kemudahan yang telah disediakan. Tetapi aku lebih suka menikmati laluan yang bukan menjadi kebiasaan pada kebanyakan manusia. Lebih banyak objek yang dapat ku lihat di laluan lama ni berbanding di lebuhraya. Banyak yang dapat ku pelajari tentang hakikat setiap penemuan di sepanjang perjalanan ku ini.
Kalau difikirkan sekali imbas, tiada apa yang menarik sangat di sepanjang jalan yang aku lalui ni. Semuanya kelihatan biasa sahaja. Aktiviti manusia seharian yanng sudah menjadi rutin kehidupan mereka. Struktur jalan dan lanskap yang hampir sama sahaja di mana-mana di negara ni. Papan-papan tanda di tepi jalan. Semuanya biasa ditemui oleh sesiapa pun. Tiada satu pun yang pelik atau menarik. Biasa saja..... Terlalu biasa pada pandangan kita....
Yaa..... Terlalu ‘biasa’.... Kebiasaan.... Hingga hampir tiada lagi nilai baru yang dapat kita lihat pada setiap kebiasaan itu... Tiada lagi keindahan pada kebiasaan yang sentiasa kita lalui... Tiada lagi harapan yang dapat kita letakkan pada sesuatu kemunculan yang penuh dengan kebiasaan... Lama-kelamaan, hidup akan bertambah bosan... Setiap apa yang kita lihat adalah semua yang pernah dilihat sebelumnye... Tiada lagi tarikan yang mampu menyentuh hati dan perasaan kita...
Hmmmm.....
Aku....? Bagaimana pula dengan ku....? Bagaimana pandangan ku pada setiap sesuatu disekelilingku.....? Entahla.... Aku pun tak pasti... Ku cuba pastikan diriku tetap teguh untuk menikmati setiap kebiasaan di dalam hidupku. Ku cari sekecil-kecil keindahan yang mungkin ada pada setiap penemuan ku. Keindahan yang memungkinkan aku tetap menikmati setiap kebiasaan di dalam hidup ku ini.
Fuuhh..... Fikiran ku yang tengah melayang disapa oleh pandangan ku pada sebuah gerai kecil nun di hadapanku. Kira-kira 100 meter di depan ku kelihatan beberapa orang anak gadis sedang berdiri... Mungkin sedang menunggu pesanan mereka siap a
Ku tongkatkan ‘kuda’ ku berhampiran gerai tersebut. Helmet ‘full-faced’ hitam ku itu, ku letakkan di atas ‘seat’ moto ku bersama-sama dengan ‘short-glove’ku. Ku pandang keliling dan juga meja-meja makan yang disediakan di gerai tersebut. Hmmm..... Mana tempat yang best nak duduk nih... Kene cari tempat yang boleh memastikan pandangan ku terhadap moto ku tak terlindung. Di samping tu, tempat tu jugak mestilah dapat memberikan pandangan yang seluas-luasnye.... Hehehehe.... Sekurang-kurangnye aku dapat melihat pelanggan-pelanggan yang datang dan pergi.... Mesti baaikkkknyeer.... Hehehehe....
Ku pilih tempat yang agak hujung di gerai tersebut lalu duduk menghadap ke arah pekedai dan laluan di mana ku letakkan moto ku. Kelihatan seorang gadis belasan tahun sedang sibuk mencari-cari sesuatu di meja tempat mereka menyediakan pesanan pelanggan.
“Anak tokey gerai ni gamaknye...”, getusku perlahan. Kemudian gadis itu berjalan ke arah ku. Memang sah. Anak tokey la ni...
“Nak minum ape baangg....”, maak haaii.... Lembutnye suara.... Hehehehe....
“Adik tolong bawakkan kopi ‘o’ ais.... Hmmm.... Laksa ade dik..?”, soal ku padanye. Bimbang kot-kot tak siap lagi laksa diorang pepagi nih.
“Ade bang... Abang nak laksa biase ke laksa spesel..?”, soalnye pula padaku. Apa pulak beza laksa biasa dengan spesel ni.... Hehehehe... Takpe-takpe.... Aku mesti teruskan pemanis di mulutku.... Bukan senang nak nyembang dengan anak dara orang ni heheheh....
“Laksa spesel tu camner dik...?”, soalku seolah-olah aku ni bangang sangat tak tau ape-ape pasal laksa hehehehe....
“Spesel tu laksa utara.... Yang biasa tu, laksa biasala..”, jawabnye pule manja-manja.... Iisskhhhh..... Budak nii.... Manja-manja plak die.... Hehehehe... Sambil tersenyum die menoleh ke belakang... Aku pun tak pasti ape yang ditengoknye...
“Dik.. Bagi abang laksa utara lah....”, terus aje aku buat pesanan.
“Ok bang...”, die terus berlalu ke arah tokey kedai sambil menyatakan sesuatu padanya. Bapak budak tu la kot, fikirku.....
****** (bersambung) ******
